“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Friday 6 April 2012

Siapa Zionis di Mata Orientalis? (Bahagian Kedua)

Siapa yang belum baca bahagian pertama, boleh klik link ini --> Siapa Zionis di Mata Orientalis?(Bahagian Pertama)



Dalam penulisan sebelum ini, telah dikongsikan serba sedikit sebahagian daripada sejarah bangsa Yahudi di atas muka bumi ini.
  
Kali ini kita akan melihat bagaimana sebenarnya gerakan Zionis yang angkuh dan zalim memulakan agenda mereka untuk mewujudkan negara sendiri yakni negara haram Israel seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.


Zionis : Bagaimana Mereka Bermula

Seperti yang disebutkan sebelum ini, terdapat segelintir orang Yahudi di Rusia yang bertekad untuk mengasimilasi kehidupan mereka ke dalam cara hidup masyarakat Rusia walaupun tindakan itu boleh menghakis identiti mereka sebagai orang Yahudi sejati.

 Mereka berjaya untuk menyesuaikan diri mereka dan diterima dalam masyarakat Rusia ketika pemerintahan Tsar Alexander II kerana undang-undang yang menekan orang Yahudi mula dilonggarkan. Antaranya, pelajar Yahudi dibenarkan masuk ke universiti di Rusia.

 Namun, malang tidak berbau, perkara itu tidak bertahan lama.

 Selepas berlaku pembunuhan Tsar Alexander II, tekanan dan penindasan terhadap orang Yahudi di Rusia berlaku kembali. Sekitar tahun 1881, orang Yahudi mula diserang, diperkosa, dan juga dibunuh. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1884.

 Pada ketika ini, orang Yahudi mula menyedari bahawa harapan untuk benar-benar berasimilasi dan diterima dalam masyarakat Rusia adalah mustahil!
  
Bermula dari sinilah berlakunya penghijrahan orang Yahudi Rusia keluar daripada Rusia secara besar-besaran. Dilaporkan seramai 1.5 juta orang Yahudi telah meninggalkan Rusia antara tahun 1900-1914. Kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika dan selebihnya (yakni mereka yang tidak lagi berpegang pada agama); tetap dengan hasrat mereka untuk kembali ke Palestin!

 Strategi Zionis

Gerakan Zionis moden ini (yang dikenali sebagai BILU, antara yang terawal wujud) sebahagiannya berusaha untuk masuk ke Palestin dan mendirikan penempatan berasaskan pertanian di sana. Mereka membayangkan pembinaan negara Yahudi di Palestin yang didirikan di atas asas pertanian yang sepenuhnya diusahakan oleh orang Yahudi. Namun cubaan awal ini tidak begitu berjaya.

 Ketika di Rusia (sebelum penghijrahan besar-besaran), terdapat satu gerakan Zionis yang dikenali sebagai Hibbat Zion (The Love of Zion). Perancangan kelompok Hibbat Zion ini lebih bersistematik daripada BILU. Mereka tidak tergesa-gesa ingin mendirikan penempatan di Palestin tetapi mereka mengukuhkan kedudukan mereka di Rusia dahulu sehingga jumlah ahli mereka mencecah 10,000 orang.

Namun tidak dinafikan terdapat juga orang Yahudi taat yang masuk ke Palestin semata-mata untuk memenuhi tuntutan agama mereka. Kejayaan membina penempatan awal di Palestin adalah hasil sumbangan hartawan Yahudi di Eropah seperti Moses Montfiore dan Baron Edmond de Rothcschild. Rothschild telah mendermakan sebanyak 1.6 juta pound sterling kepada orang Yahudi yang berhijrah ini.
  
Penubuhan Gerakan Zionis Sedunia

Pada tahun 1897 telah diadakan persidangan Zionis sedunia di Basil, Switzerland. Dalam persidangan inilah tertubuhnya Gerakan Zionis Sedunia dengan Theodre Hertzl sebagai presiden pertama. Dalam persidangan ini juga digariskan matlamat Zionism adalah "untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin yang dijamin oleh undang-undang (antarabangsa)."

*Theodre Herzl*

Dari situlah bermulanya usaha-usaha Zionis untuk mendapatkan tanah Palestin yang pada ketika itu berada di bawah naungan kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid II. Ketegasan Sultan Abdul Hamid II untuk tidak membiarkan Palestin jatuh ke tangan Zionis berjaya mempertahankan Palestin walaupun pihak Zionis menawarkan untuk membayar semua hutang-hutang kerajaan Turki Uthmaniyah pada ktika itu.

 Antara usaha Sultan Abdul Hamid II untuk mempertahankan Palestin ialah mengenakan 'visa' kepada pelancong Yahudi di mana mereka tidak boleh berada di Palestin melebihi suatu tempoh tertentu. Selain itu, tidak dibenarkan untuk orang Palestin menjual tanah mereka kepada orang Yahudi.
  
Namun demikian, seperti yang tercatit dalam sejarah, akhirnya Palestin jatuh juga ke tangan Zionis untuk mereka menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948 dengan bantuan para penjajah Barat seperti British. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesatuan umat Islam yang semakin rapuh pada ketika itu dan lebih mengutamakan semangat nasionalisme (semangat berasaskan bangsa).



Bermula dari situ, sedikit demi sedikit tanah Palestin terhakis dan semakin mengecil manakala negara haram Israel semakin bertambah keluasannya. Dalam mencapai cita-cita mereka itu Zionis Israel telah menggunakan taktik yang kejam dengan pembunuhan tanpa belas kasihan terhadap orang-orang Islam di Palestin!

 Oleh sebab itulah DIHARAMKAN oleh para ulama' untuk umat Islam memberi sokongan dan juga kepada negara umat Islam untuk mengadakan apa-apa hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.
  
Penutup

Dengan sedikit catatan sejarah bagaimana boleh terwujudnya fahaman Zionism dan gerakan Zionis moden di dunia ini, adalah diharapkan ini akan menjernihkan lagi kefahaman umum tentang BEZA antara Yahudi dan Zionis seperti yang disebut oleh pimpinan PAS seperti yang dilaporkan oleh akhbar.
  
Hal ini terbukti juga dengan hakikat bahawa orang-orang Yahudi yang masih mengamalkan ajaran Yahudi turut mengecam tindakan kejam Zionis Israel (yang merupakan Yahudi sekular) terhadap Palestin.



 PRC ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam isu berkaitan dengan pendirian PAS terhadap Zionis Israel.

PAS akan terus mempertahankan keadilan dan kebajikan manusia sejagat, khususnya di Malaysia; teguh di atas landasan Al-Quran dan as-Sunnah. InshaAllah!

 ***************

Sumber:
"Palestine and the Arab-Israeli Conflict: A History with Documents" (Sixth Edition) oleh Charles D. Smith, terbitan Bedford / St. Martin's

Disediakan oleh,
PAS Representative Council of UK-Eire (PRC)
28 Rabiulakhir 1433 H
bersamaan
21 Mac 2012 M

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...