“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Friday 9 March 2012

Siapa Kita Untuk Tolak Hukum Allah

"SIAPA KITA UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM" - Titah Sultan Brunei


 HUDUD AKAN DILAKSANAKAN.... 

Maka tersebut sebuah kisah, pemerintah di sebuah negara islam di Asia Tenggara mengumumkan akan perlaksanaan HUDUD. JANGAN PERASAN.... Ini bukan muka Najib, tetapi Sultan Brunei.

Lihatlah petikan media cetak perdana negara Brunei yang menceritakan pada seluruh rakyat betapa indahnya Hukum Allah S.W.T. Media cetak perdana malaysia? Malas aku nak cakap. x malu ke?

Malaysia bila nak buat ye?

Bandar Seri Begawan (Brunei) - Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya.



sumber : http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/10/siapa-kita-untuk-tidak-melaksanakan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...