“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Friday 9 March 2012

TENTANG SYAITAN


 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari


FAKTA SYAITAN:

 SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
"Apabila diberitahu kepada Nabi SAW tentang seorang lelaki yang tidak bangun dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
Apabila diberitahu kepada nabi SAW tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika waktu sudah subuh.
Nabi SAW bersabda:
"Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya."
(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
"Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka."
(Hadis sahih Muslim)

SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA "AAAAAAH" SEMASA MENGUAP
Nabi SAW bersabda:
"Dan janganlah seseorang itu berkata "aaaah" semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap."
(Hadis riwayat Ahmad)

MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak.
Nabi SAW bersabda:
"Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia."
(Hadis sahih Bukhari)
Moral: Oleh itu,janganlah kita memaki atau menghina walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki-hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang.

SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH
Nabi SAW bersabda:
"Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah."
(Hadis sahih Muslim)
Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan untuk dibaca surah al-Baqarah beramai-ramai.

MAKANAN JATUH YANG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN
"Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan."
(Hadis Muslim)

SYAITAN PENGANGGU SOLAT
Suatu hari Amru bin al-As mengadu Rasulullah SAW:
"Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah menganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku."
Rasulullah SAW pun menjawab:
"Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali."
Amru berkata:
"Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan, lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut."
(Hadis Muslim) 

MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN
Nabi SAW bertanya kepada orang yang minum berdiri:
"Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?'
Dia menjawab "tidak"
Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya kamu telah minum dengan makhluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan."
(Hadis Ahmad)

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi SAW telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh.
Nabi SAW bersabda:
"Janganlah kamu berkata "celaka syaitan." Kalau kamu berkata begitu,syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata "mendapat kekuatan ku.", tapi hendaklah kamu berkata "dengan nama Allah." Apabila berkata sedemikian,syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat."
(Hadis Abu Daud)

Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya syaitan berkata..."demi kemuliaanmu hai tuhan. AKu akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.
"Tuhan menjawab..."Demi kemuliaan dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku."
(Hadis riwayat Ahmad)

1 comment:

  1. info yang menarik.. tq untuk info ini..

    p/s: kalau nk letak post di http://rakanblog.com kena letak widget kami dulu..

    tip: letak widget hanya utk Info Agama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...